Mengapa Buat Dakwah Sedangkan Yang Tidak Buat Pun Boleh Hidup Bahagia dan Anak Jadi Hafiz?

SOALAN:

Ada orang tidak berdakwah pun hidup bahagia, malah anak mereka jadi hafiz dan alim. Mengapa saya perlu berdakwah?

JAWAPAN:

Orang miskin yang hidup bahagia dan anaknya hafiz dan alim itu RAMAI. Lebih ramai hafiz dan alim memang lahir daripada kalangan miskin. Kalau itu hujahnya, patutkah sesiapa mahu kaya? Pilih miskin sahaja?

Dakwah itu tanggungjawab

Tanggungjawab ini lebih berat bagi yang beragama dan hidup bahagia. Soalan tadi hanyalah dalih dunia untuk mengabaikan dakwah. Allah SWT akan menyoal mereka yang mengabaikannya.

Anak ukuran kejayaan?

Kejayaan di sisi Allah tidak diukur pada anak. Ayah yang anaknya tidak berjaya belum tentu gagal walaupun sudah berusaha, lihat Nabi Nuh AS. Bukankah hidayat itu Allah yang beri?

Allah SWT Maha Mengetahui.