Fatwa Darul Ifta Jamia Uloom Islamia

Tajuk: Adakah Iman Tidak Sempurna Tanpa Keluar Berdakwah dalam Jemaah?

14 Zulkaedah 1444 H, 04 Jun 2023

Daripada: Darul-Ifta Jamia al-Uloom al-Islamia Allama Muhammad Yusuf Banuri Town, Karachi, Pakistan

Soalan:

Seorang pemimpin Tabligh menyatakan dalam suatu perhimpunan besar bahawa Iman tidak akan sempurna tanpa keluar berdakwah dalam jemaah. "Bagaimana mungkin Iman boleh sempurna tanpa keluar berdakwah dalam jemaah? Keperluan Iman adalah sama seperti keperluan keluar berdakwah".

Pemimpin yang sama turut menyatakan dalam kenyataan ini bahawa pertolongan ghaib yang datang bersama para sahabat yang mulia bukanlah kesempurnaan Iman mereka, tetapi kesempurnaan ketaatan. Kini orang ramai bergosip dalam pelbagai cara. Bagaimana pula dengan mereka yang berada di madrasah, khanqah, dan bidang keagamaan lain yang tidak keluar berdakwah dalam jemaah, adakah Iman mereka tidak sempurna?

Jawapan

Adalah tidak tepat untuk menyatakan bahawa keluar berdakwah dalam jemaah sebagai satu keperluan bagi Iman. Selain itu, perlu difahami dengan jelas bahawa tiada ketaatan yang diterima tanpa Iman.

Oleh itu, adalah juga salah untuk mengatakan bahawa "pertolongan ghaib yang datang bersama para sahabat yang mulia bukanlah kesempurnaan Iman mereka, tetapi kesempurnaan ketaatan." Ini kerana tahap ketaatan dan mengamalkan perintah syariat datang selepas Iman, dan kesempurnaan Iman (dari segi kualiti) datang daripada mengamalkan perintah syariat. Keluar berdakwah juga merupakan satu amal yang baik.

Selain keluar berdakwah, terdapat banyak lagi amal baik yang lain. Adalah tidak tepat untuk menghadkan dan membataskan kesempurnaan iman hanya kepada keluar berdakwah dalam jemaah semata-mata.

Kenyataan-kenyataan yang tidak memberi manfaat kepada masyarakat Islam secara umum, yang tidak dapat difahami oleh orang Islam yang berfikiran mudah, dan yang menyimpang daripada jalan generasi terdahulu serta berasaskan pendapat peribadi dan kajian yang tidak tepat, hendaklah seseorang itu berhati-hati mendengar kenyataan sebegini. Para tokoh Tabligh hendaklah mencegah orang-orang sedemikian daripada membuat kenyataan seumpama itu.

Dan Allah lebih mengetahui.

Nombor Fatwa: 144404100873

Tangkapan skrin