Soalan:
Tiga tempat suci itu ialah:
Makkah al-Mukarramah, Madinah al-Munawwarah, dan Masjid Banglawali, Nizhamuddin….
(Beliau tidak menyebut Baitul Maqdis di tempat ketiga, sebaliknya menyebut Masjid Banglawi di India.)
Jawapan:
Jabatan Mufti Negeri Pahang tidak mempunyai sebarang niat untuk campur tangan dalam urusan Jemaah Tabligh. Maulana Saad Kandahlawi merupakan salah seorang tokoh terkemuka Jemaah Tabligh. Beliau adalah seorang yang sangat berilmu. Jika kenyataan yang dikeluarkan olehnya adalah sedemikian, maka ini bermakna beliau telah tersilap dalam kata-katanya.
Ini kerana terdapat nas-nas daripada al-Quran dan Hadis yang mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai tempat suci, sedangkan Masjid Nizhamuddin tidak mempunyai nas-nas sedemikian yang mengukuhkannya.
Allah SWT berfirman, yang bermaksud:
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (Baitul Maqdis) (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kekuasaan dan keagungan) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Surah al-Isra’: 1)
Terdapat juga sebuah Hadis yang bermaksud:
“Tidak digalakkan mengadakan perjalanan (musafir) melainkan ke tiga destinasi, iaitu Al-Masjid al-Haram, Masjidku (Masjid Al-Nabawi), dan al-Masjid al-Aqsa.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Rujukan: Dokumen PDF Asal Bahasa Melayu

