Mufti Selangor, Malaysia mengenai Maulana Saad 2025

SOALAN

Assalamualaikum. Saya memohon bantuan segera berkenaan isu ini. Perpecahan telah berlaku dalam Jemaah Tabligh antara pengikut Maulana Saad dengan Syura Alami. Sesetengah ulama di India menyatakan bahawa kenyataan dan hukum tertentu yang dikeluarkan oleh Maulana Saad bercanggah dengan syariat Islam. Perlukah saya meninggalkan kumpulan Maulana Saad dan berpindah kepada Syura Alami? JazakAllah.


JAWAPAN

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

Pada asasnya, adalah haram untuk mengikuti sesiapa yang melanggar syariat Islam. Jika benar bahawa kepimpinan tertinggi Jemaah Tabligh telah mengeluarkan hukum-hukum yang bercanggah dengan syariat Islam, maka hukum-hukum atau pandangan tersebut adalah haram untuk diikuti. Sebarang keputusan yang dibuat mestilah berdasarkan ilmu dan siasatan yang menyeluruh bersama mereka yang mempunyai maklumat yang tepat.

Sekiranya seseorang itu yakin bahawa Syura Alami adalah puak Jemaah Tabligh yang kekal berada di atas jalan yang benar, dan terbukti bahawa Maulana Saad telah mengeluarkan hukum-hukum yang bercanggah dengan syariat Islam, maka berpindah kepada Syura Alami adalah pilihan yang terbaik.

Walau bagaimanapun, isu sebegini perlulah disiasat secara menyeluruh terlebih dahulu supaya tiada pihak yang dizalimi.

Dan Allah jua yang lebih mengetahui. Terima kasih.

Tahun Soalan: 2025

Jabatan Mufti Negeri Selangor – Maulana SaadMuat Turun

Rujukan: https://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/b?id=6453