Fatwa Darul Uloom Deoband 2017 (Penjelasan Penting)

Pada 9 Ogos 2017, Darul Uloom Deoband mengeluarkan sepucuk surat yang menyatakan bahawa mereka tidak terlibat dalam hal ehwal pentadbiran Jemaah Tabligh (iaitu Syura lawan Saad) dan mengekalkan sikap berkecuali dalam perkara ini.

Darul Uloom Deoband melihat gambaran yang lebih besar di sini. Walaupun perselisihan Syura lawan Saad diselesaikan, Fatwa terhadap Maulana Saad masih kekal terpakai.

Terjemahan Bahasa Inggeris

Tarikh 09/08/2017

Rujukan 499

Satu Penjelasan Penting

Perselisihan sesama pemimpin Jemaah Tabligh bukan lagi suatu rahsia. Bahkan mereka yang tidak begitu mengenali permasalahan dunia Islam pun sedar sepenuhnya tentang perkara ini.

Sejak permulaan perselisihan ini, para ulama dan pemimpin Darul Uloom Deoband sentiasa berharap agar para ulama Jemaah Tabligh menyelesaikan perselisihan mereka secepat mungkin melalui perundingan bersama.

Selain itu, Darul Uloom Deoband telah berulang kali menyatakan dan mengisytiharkan pendiriannya berkenaan perselisihan ini. Perselisihan ini berkaitan dengan hal ehwal dalaman dan pentadbiran Jamaat. Ia tidak berkaitan secara langsung dengan ilmu dan hukum agama. Skop utama Darul Uloom Deoband ialah pengajaran dan pemahaman ilmu-ilmu agama ini, dakwah dan penyebarannya.

Oleh yang demikian, Darul Uloom Deoband tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perselisihan ini.

Meskipun Darul Uloom Deoband telah mengisytiharkan pendirian berkecualinya, terdapat usaha berterusan oleh satu pihak untuk meyakinkan orang lain bahawa Darul Uloom Deoband merupakan rakan sekutu kepada satu pihak tertentu dalam perselisihan (Jemaah Tabligh) ini. Khabar angin ini adalah palsu. Bukan sahaja rakyat India, malah orang ramai di negara-negara asing juga ingin mengetahui pendirian sebenar Darul Uloom Deoband dalam perkara ini.

Sebilangan besar daripada mereka telah bertanya secara langsung kepada Darul Uloom Deoband berkenaan hal ini.

Oleh sebab itu, Darul Uloom Deoband ingin memaklumkan sekali lagi dengan kata-kata yang jelas, kepada mereka yang masih ragu-ragu: Darul Uloom Deoband tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perselisihan dalaman Jemaah Tabligh yang berlaku kini.

Selagi perbezaan mereka ini berterusan, Darul Uloom Deoband akan kekal sepenuhnya berjauhan daripada aktiviti kedua-dua pihak tersebut.

Adapun mengenai perkara dakwah dan tabligh agama, Darul Uloom Deoband, sejak penubuhannya, sentiasa terlibat dalam pendidikan dan latihan agama golongan muda umat mengikut keadaan dan sumber yang ada, mengikut Nahj (jalan) yang tersendiri, perkhidmatan Dakwah dan Tabligh terus dijalankan, yang mana ini jelas nyata, dan proses ini, Alhamdulillah, terus berlangsung seperti biasa dan insya-Allah akan terus berlangsung pada masa hadapan juga.

Ya Allah, perbaikilah urusan di antara hati-hati kami, dan satukanlah kami hanya dengan apa yang Engkau sukai dan redai.

Abul Qasim Nomani

Yang Berhormat Darul Uloom Deoband

16/11/1438 = 9/8/2017

Teks Asal Bahasa Urdu

التاريخ 09/08/2017 حواله 499

ایک ضروری وضاحت

تبلیغی جماعت کے اکابر کا باہمی اختلاف کوئی ڈھکی چھپی بات نہیں ہے، آج کی دنیا میں ملتِ اسلامیہ کے مسائل و معاملات سے ادنیٰ واقفیت رکھنے والا بھی اس سے پوری طرح باخبر ہے۔

دارالعلوم دیوبند کے موجودہ اکابر واصاغر سب ہی کی اس اختلاف کی ابتداء سے یہ خواہش رہی ہے کہ جماعت کے اکابر باہمی گفت و شنید سے اس اختلاف کو جس قدر جلد دور فرمالیں یہ صرف جماعت ہی کے لیے نہیں بلکہ پوری ملت کے حق میں بہتر ہوگا۔

اس کے ساتھ دارالعلوم دیوبند اس اختلاف سے متعلق اپنے اس موقف کا بھی بار بار اظہار و اعلان کرچکا ہے کہ یہ اختلاف چونکہ جماعت کے داخلی وانتظامی امور سے متعلق ہے دینی علوم و احکام سے براہِ راست اس کا تعلق نہیں ہے جب کہ دارالعلوم دیوبند کا اصل موضوع اور دائرۂ عمل دینی علوم واحکام کی تعلیم و تفہیم اورتبلیغ واشاعت ہے؛ اس لیے اس اختلاف سے دارالعلوم دیوبند کو کوئی سروکار نہیں ہے، خود جماعت کے اکابر ہی اپنے اس داخلی اختلاف کو بہتر طور سے دور کرسکتے ہیں۔

دارالعلوم دیوبند کے اپنے اس غیرجانبدارانہ موقف کے اظہار و اعلان کے باوجود ایک طبقہ کی جانب سے یہ باور کرانے کی مسلسل کوشش جاری ہے کہ دارالعلوم دیوبند اس اختلاف میں ایک خاص فریق کا ہم نوا ہے، اس غلط افواہ کی بنا پر ہندوستان ہی نہیں؛ بلکہ بیرونی ممالک کے محبان دارالعلوم بھی اس معاملہ میں دارالعلوم دیوبند کے صحیح موقف کو جاننا چاہتے ہیں اور ایک بڑی تعداد نے اس سلسلہ میں دارالعلوم دیوبند سے براہِ راست سوال بھی کیا ہے۔

اس لیے دارالعلوم دیوبند ایک بار پھر واضح الفاظ میں دردمندانِ ملت کے گوش گزار کررہا ہے کہ جماعت تبلیغ کے موجودہ داخلی اختلاف سے دارالعلوم دیوبند کا ادنیٰ تعلق نہیں ہے، اس نے اس نزاعی مسئلہ میں دونوں فریق سے برابر کا فاصلہ بنائے رکھا ہے، نیز ان کا یہ اختلاف جب تک باقی رہے گا وہ دونوں کی سرگرمیوں سے بالکل الگ تھلگ رہے گا،

رہا معاملہ دین کی دعوت وتبلیغ کا تو دارالعلوم دیوبند اپنے عہد قیام ہی سے نونہالانِ ملت کی علمی و دینی تعلیم وتربیت کے ساتھ احوال وذرائع کے مطابق اپنے نہج پر دعوت وتبلیغ کی خدمت انجام دیتا چلا آرہا ہے جو عالم آشکارا ہے اور یہ سلسلہ بحمداللہ حسب معمول جاری وساری ہے اور ان شاء اللہ آئندہ بھی جاری رہے گا۔

اللهم أصلح لنا شأننا كله وألف بين قلوبنا، ووفقنا لما تحب وترضى.

ابوالقاسم نعمانی

مہتمم دارالعلوم دیوبند

16/11/1438 = 9/8/2017