Kesaksian Maulana Ahmad Laat

Berikut adalah transkrip kesaksian Maulana Ahmad Laat mengenai kes pemerasan wang dari Elders di Nizamuddin.

Audio Urdu:


Maulana Ahmad Lat: Pada waktu 13 Ramadan tu, saya sedang berjalan pergi solat Tarawih. Ada seorang sahabat bernama Saifullah telah datang ke Nizamuddin. Kami ada hubungan yang sangat baik, tapi lama tak bertemu. Secara kebetulan, masa tu, saya melihatnya dan memberi salam kepadanya, “As-Salamu Alaikum Tuan! Tuan datang dan pergi tak bagitahu pun kami!’ Saya letakkan sedikit minyak Atar padanya dan kami bersurai. Apabila tiba di Masjid, belum sampai lima minit berlalu, berita tersebar bahawa kekecohan dan pukul-memukul dengan kayu tebal berlaku di Masjid. Sehari sebelum saya tiba, seorang rakan saya bertemu dengan saya dan berkata, ‘Saya berada di “Noso*. Saya nampak mereka semua di sana.’ Saya bertanya apa yang sedang berlaku? dia kata, ‘Akan ada serangan yang sangat mengerikan. Mereka sedang menguruskan kayu tebal. Mereka sedang merancang dan mengagihkannya.’

*Nota Penterjemah: Kami tidak pasti apa yang dimaksud dengan ‘Noso’ di sini. Ia mungkin satu tempat atau peristiwa

Selepas Ramadan, saya pergi ke Dubai untuk pemeriksaan. Seorang pemuda bertemu dengan saya dan berkata (merujuk kepada insiden 13 Ramadan di Nizamuddin), ‘Maulvi Sahib, kami diberitahu yang tempat Haq, tempat amal kebajikan, tempat belajar adalah di Nizamuddin. Sekarang saya kena belajar cara bergaduh dan berlawan juga ke di sana?’ Ini yang salah seorang dari mereka cakap kat saya. Seorang lagi bertemu saya dan bertanya, ‘Tuan selalu kata Masjid adalah tempat yang aman. Kita kena jadikan Masjid tempat aman. Sekarang ni, kena guna kayu tebal ke untuk amankan Masjid?’. Inilah yang orang ramai katakan…

Setiap kali di Nizamuddin, seratus, seratus dua puluh lima, seratus lima puluh orang gengster sentiasa berada di sana. Saifullah dan anaknya juga selalu di sana. Ada satu insiden di mana seorang Maulvi Sahab datang dari Mewat untuk bertemu Maulana Zuhair. Mereka semua diseret ke tingkat bawah tanah dan dipukul teruk. Mereka ditanya, apa tujuan kamu semua datang bertemu dengan musuh kami Zuhair?”

Orang kedua: Ada empat orang. Mereka semua dibawa ke bawah dan dipukul. Mereka datang untuk bertemu Maulana Zuhair. Apabila mereka keluar, mereka ditanya “kenapa tuan bertemu dengan musuh kami?”‘ Selepas itu, mereka dibawa ke bawah dan dipukul sampai pecah berdarah kepala mereka. Ini berlaku ketika Maulana Ibrahim sendiri berada di situ. Maulana (Ibrahim) baru sahaja tiba di Nizamuddin dan peristiwa ini telah berlaku pada hari yang sama.

Orang ketiga: Tidak, tidak, peristiwa itu berlaku keesokan harinya.

Orang kedua: Apabila Maulana (Ibrahim) bertanya apa yang sedang berlaku, mereka berkata ada pencuri. Mereka kata mereka tengah pukul pencuri.

Orang ketiga: Tapi yang sebenarnya 4 orang itu ke sana sebab mereka baru sahaja habiskan masa dalam Jemaah dua bulan bersama Maulvi Khabeer. Empat orang yang telah dipukul itu.

*Sila lihat: Surat Maulana Zuhair, Bukti #2

Maulana Ahmad Lat: Dalam lima puluh tahun di Nizamuddin tak pernah saya bayangkan yang macan ini boleh berlaku. Di kampung-kampung dan kawasan luar bandar, kalau ada bunyi sikit sahaja di Masjid, cepat orang akan kata: ‘Tuan, ni bulan Ramadan, hormat dan diamlah sedikit’. Orang kampung pun faham perkara ini. Sekarang, kejadian seperti ini boleh berlaku di Nizamuddin sendiri!

Baru dua hari yang lalu, Wali Inam bertanya kepada saya, ‘Takde apa-apa ke yang berlaku kepada tuan malam tu? Tuan selamat?’ Saya berkata, ‘Ya, tidak ada apa-apa yang berlaku pada saya malam tu, tetapi dah 20 tahun saya terima surat ugutan dari mereka. Saya masih simpan semua salinannya.'”

Seseorang (Bercakap dalam Bahasa Inggeris): Pada malam yang sama, dua orang sedang bercakap… dua orang Mewat sedang bercakap. Seorang doktor dari Aligarh telah datang untuk urusan peribadi, dan dia tinggal di Nizamuddin. Dia sendiri dengar orang Mewat kata yang sekarang adalah giliran untuk mumukul Dr Sanaullah. Mereka sedang merancang orang seterusnya yang akan dipukul adalah Dr Sanaullah.

Maulana Ahmad Lat: (Merujuk kepada surat ugutan) Mereka ugut saya untuk bayar lima ratus ribu, tiga ratus ribu, tujuh ratus ribu (Rupee India). Hantar duit ke tempat tertentu. Mereka kata jangan tanya banyak, bayar sahaja semua jika tuan mahu selamat tinggal di Nizamuddin. Jika tidak, kami akan pastikan hidup tuan susah di sini. Saya jawab balik kat mereka, “Tuan, kami disini untuk kerja Da’wa dan Tabligh sahaja. Takde sebab lain”. Wang yang saya bayar kepada pemeras ini semuanya dipinjam dari orang lain. Saya sendiri tak banyak wang.

Pada satu hari, Maulana Nadir Ali telah datang ke Nizamuddin. Saya beritahu dia yang ada orang selalu mengugut, menghantar surat ugutan, dan memeras wang dari saya. Beliau berkata yang anak saudaranya (Abdul Qadir) kerja di CID (Jabatan Siasatan Jenayah). Dia akan memintanya untuk berjumpa dengan saya dan ambil laporan dari saya.

Anak saudaranya pun datang. Dia minta saya bahawa kalau mereka telefon, tulis nombor mereka. Jika mereka minta wang, beri alamat ini dan beritahu mereka wang tersebut akan dibayar oleh saya.

Jumlah wang seterusnya yang mereka minta adalah dua ratus lima puluh ribu (Rupee India). Mereka telah datang mungugut wang dari saya. Saya pun kata, ‘Saudara, saya tidak ada wang sebanyak itu. Tetapi saya ada kawan yang akan membayarnya untuk saya. Ini nombornya.”

Mereka pun pergi ke sana. Salah seorang daripada mereka adalah anak saudara Maulvi Abdul Rashid. Dia adalah cucu Maulana Fazlullah, seorang Mufti, yang biasa baca Quran dengan saya pada malam terawih dua tahun yang lalu. Saya melayaninya kerana beliau adala saudara Maulana Fazlullah. Setelah Abdul Qadir (pegawai siasatan jenayah (CID)) dan anak saudara Maulana Nadir Ali nampak kedatangan mereka, beliau menampar mereka, “Kopiah dan janggut ini? Tuan tuan tak malu ker buat benda macam ni?”

Siasatan lanjut (oleh pegawai CID) telah didapati bahawa segala yang berlaku telah diaturkan dari Nizamuddin (di bawah arahan Maulana Saad). Merekalah kepalanya. Berita ini akhirnya sampai ke Maulana Saad. Dia suruh Ahmad Lat kalau nak buat laporan, jangan buat di sini, balik rumah dan buat laporan di sana. Maksud mereka ialah mereka mahu saya keluar dari Nizamuddin dan biarkan sahaja kerja kerja jahat mereka di teruskan di situ. Pada masa itu saya dalam persiapan untuk ke Amerika Syarikat bersama Isteri saya. Saya dan isteri telah diberi tiket kelas pertama (*Nota Penterjemah). Ibrahim Maniyar dipanggil dari Hyderabad untuk menangguhkan perjalanan saya ke Amerika kerana mereka magu menyelesaikan kes CID ini. Mereka buat beberapa persiapan. Mereka panggil jugak Bilal Bhai dari Mekah.

Akhirnya saya bertemu dengan mereka semua. Mereka berkata, “Tuan, kita selesaikan sahaja kes ini ok? Saya datang dari jauh dengan kapal terbang ke Nizamuddin”. Saudara (Hj) Farooq, Maulana Ibrahim, dan Maulvi Sahib ini, mereka semua juga datang atas permintaan Maulana Saad. Disitu kami semua diberitahu untuk selesaikan sahaja kes CID ini. Saya beritahu saya telah beri sejumlah dua puluh juta rupee, sedikit demi sedikit. Dua puluh juta rupee! saya tekankan. Selepas itu, mereka berkata, “Tuan, biarkan sahaja. Wang bukan apa-apa. Semuanya selesai hari ini ok?”


*Nota Penterjemah: Beberapa pihak telah mengambil bahagian ini di luar konteks untuk mengkritik para Masyaikh kita kerana berlebihan dalam perjalanan pesawat (Naik Kelas Pertama). Maulana Ahmad Laat telah beritahu disini yang ini adalah satu aturan yang luar biasa.
Saudara-saudara dari Amerika merasakan bahawa adalah lebih wajar perjalanan jauh bersama isteri lebih terjaga purdahnya di penerbangan Kelas Pertama. Mereka ada wang dan mahu Ikram keluarga Maulana Ahmad Lat. Maulana Ahmad Laat tidak menuntut penerbangan sedemikian ini dan ini juga bukan kebiasaan baginya atau para Masyaikh kita untuk guna kelas pertama (first class).

Penterjemah juga ingin memberi kesaksian bahawa beliau sendiri telah melihat banyak para mashaikh terbang kelas ekonomi sahaja.


Satu hari, Maulvi Ishaq Sahib, yang tahu apa yang belaku kepada saya datang bejumpa saya. Satu telah bacakan salah satu surat berkaitan kes ugutan wang kepadanya. Beliau menceritakan kepada saya dalam surat khabar ada saya berita yang sedih. Saya berkata, “Apa yang berlaku?” Beliau berkata, “Ada dua keluarga sedang bersama-sama naik dua perahu. Kedua-duanya bermain dengan seorang budak kecil. Mereka melempar, yang lain menangkap. Mereka melempar, yang lain menangkap. Tiba-tiba, salah satu daripada perahu tersebut bergerak ke depan disebabkan ombak. Budak itu (secara tidak sengaja) tercampak ke dalam laut dan hilang! Apa yang saya nak cuba ceritakan disini ialah wang tuan juga telah hilang seperti itu”. Saya pun menerima hakikat yang duit yang saya (pinjam dari orang) dan bayar kepada pengugut semuanya telah hilang.

Bos CID, bos Abdul Qadir, adalah orang bukan Islam. Dia kata: “Saudara sekalian sepatutnya selesaikan ini sesama sendiri.” Abdul Rashid berkata bahawa keputusan kami telah dibuat sesama sendiri. (Bos) Abdul Qadir adalah seorang Hindu. Bos itu berasa hairan dan berkata, “Setahu kami orang Islam tidak menyokong penindas tetapi menyokong orang yang ditindas.” Bagaimana boleh jadi yang penindas ini mendakwa mereka yang ditindas dan membuat keputusan dalam perkara ini?” Wang yang di ambil tidak dipulangkan.

Wang yang saya bayar semuanya telah hilang. Sampai sekarang, mereka (Nizamuddin) tidak pernah menegur si anak saudara Abdul Rashid ni. Sebaliknya memberi galakan lagi dia mengugut orang.

Pegawai-pegawai CID dan beberapa orang lain memberitahu kami untuk buat laporan selanjutnya (kerana wang masih belum dipulangkan). Walau bagaimanapun, saya berkata, “Saudara, seluruh dunia ini, puasa, Solat, dan apa sahaja kebaikan yang berlaku di dunia adalah kerana keberkatan tempat ini (Nizamuddin)”. Adalah sangat malangnya saya jika kerana saya, tempat ini (Nizamuddin) dikunci (dan ditutup). Saya lebih rela jika saya dibunuh dengan tembakan dan mati Syahid dan semua isu ini berhenti dan berakhir dengan kematian saya. Ini adalah jawapan saya kepada mereka. Saya biarkan sahaja kes itu.

Mengenai menantu lelaki tersebut, saya dengar cerita yang lima ratus ribu yang dia ambil dari saya telah digunakan untuk perniagaannya. Yang selebihnya saya dengar cerita yang ketika dia dalam satu perjalanan, ada seorang lelaki telah memukulnya dengan teruk. Dia jatuh pengsan, dan wangnya semua dicuri. Lima ratus ribu terakhir yang dia ambil dari saya digunakan untuk perniagaannya.

Bila ada risiko kepada nyawa, dalam situasi ini, adalah tugas kita untuk selamatkan diri senditi. Macam mana nak pergi ke Nizamuddin dalam keadaan tidak aman dan ganas itu? Hatta beri salam kepada Maulana Zuhair pun, kepala orang boleh dipukul kuat sehingga cedera parah.

Masa saya sedang keluar tinggalkan Nizamuddin, ada orang datang tanya kepada saya, kenapa Tuan mahu pergi? Saya jawab: Saudara, saya sudah lima puluh tahun disini. Nizamuddin telah menjadi daragh daging kami. Kami adalah apa yang kami hari ini berkat tempat ini. Kami ini sedang menangis air mata darah. Tuan fikirkanlah. Tidak mudah untuk kami tinggalkan tempat ini. Nizamuddin adalah pusat dunia…(Maulana menjadi emosi dan matanya mula berair). Tuan tidak akan faham apa yang kami lalui. Ada orang berkata, pulang saja ke Nizamuddin. Macam mana nak pergi dalam situasi begini?

Orang kedua: Sekarang, ini bukan lagi soal personaliti; kerja ini adalah amanah. Adalah tanggungjawab kami untuk melindungi kerja ini. Kami tidak tinggalkan Nizamuddin kerana kami nak buat Jemaah baru.

Maulana Ahmad Lat (Dalam emosi sedih dan matanya berair matany): Tuan-tuan semua dah dengar apa yang saya ceritakan. Jika sesiapa di antara tuan-tuan mempunyai perasaan dan percaya kepada Allah, letakkan tangan tuan di dada sendiri dan tanya, apa yang sepatutnya kami lakukan dalam keadaan begini?

Saya ingat lagi pada hari itu, sebaik sahaja selepas pemergian Hadraji Inamul Hasan, semoga Allah merahmatinya. Kami berada dalam perjalanan ke Amerika, Australia, dan beberapa tempat lain. Dalam waktu itu sendiri, saya sendiri telah tahu mereka yang merancang dan orang-orang mereka yang sedang merancang. Mereka kata yang sekarang ini mereka perlu ambil semua jawatan-jawatan penting di Nizamuddin. Mereka kata yang mereka tidak akan biarkan sesiapa pun daripada orang-orang Maulana Inamul Hasan ke depan. Maulana Umar, semoga Allah merahmatinya, telah bersama saya dalam perjalanan ke Australia. Ada juga satu peristiwa yang berlaku kepadanya. Ini bukanlah sesuatu yang baru hari ini. Tuan hanya dengar berita luaran sahaja.

Baiklah… Allah Maha Besar.

Hari ini, setelah melihat semua perkara yang telah berlaku di Nizamuddin, kami memohon kepada Allah, ‘Ya Allah, bagaimana kami boleh tinggal dalam keadaan ini?’ Ramai yang nasihatkan saya untuk tinggalkan Nizamuddin. Hadis Nabi melarang pemimpin kumpulan untuk memberitahu kumpulannya untuk terjun ke dalam api. Wajarkan saya pergi ke sana untuk dipotong leher? Saya memohon kepada Allah, ‘Ya Allah, kurniakanlah saya syahid di jalan-Mu dan biarlah kematian saya di kota Nabi-Mu.’ Saya tidak mahu tinggal di Nizamuddin dan mati dihina seperti ini.

Suatu ketika dahulu, saya dinasihatkan ketika pasar Nizamuddin sedang dibina, yakni kedai-kedai yang ada sekarang. Saya telah mengambil seorang anak angkat bernama Abdul Qayyum. Saya hantar beliau puland dengan berkata yang saya tidak dapat menguruskan pendidikan dan pembesarannya, kerana saya tinggal di Nizamuddin. Orang kemudian menasihati saya, ‘Maulvi Sab, pasar sedang dibina, ambillah sebuah kedai dan bawa dia ke situ, tuan boleh ambil rumah di situ. Tuan boleh meneruskan kerja tuan (di Nizamuddin) dan mereka akan tinggal di rumah tuan’. Saya jawab balik, ‘Saya datang ke Masjid ini semata-mata untuk usaha agama. Kalau nak cari rezeki, Surat (Bandar di Gujarat) adalah bandar besar, dan Gujarat sendiri pun negeri yang besar. Dia boleh cari rezeki bagaimana sahaja yang dia nak di sana. Saya tidak boleh terlibat dalam perniagaan sewaktu di Nizamuddin. Maulana Ilyas, semoga Allah merahmatinya, telah mengutuk bahawa sesiapa yang tinggal di Masjid ini (Nizamuddin) untuk tujuan duniawi atau untuk perniagaan Allah SWT tidak akan memberkati perniagaan mereka, kehidupan mereka, atau kekayaan mereka.’

Orang kedua: Menyokong yang salah tidak boleh dibenarkan dalam apa jua keadaan. Menyokong yang salah akan merosakkan usaha ini.

Leave a comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Facebook Facebook